Home Semasa 4 PATI mendarat di Kuala Selangor ditahan

4 PATI mendarat di Kuala Selangor ditahan

by Air Times News Network

KUALA SELANGOR, 10 Mac – Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan 4 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai baru masuk melalui laluan yang tidak diwartakan di Jeti Nelayan, Assam Jawa, semalam.

Batalion 4 PGA menerusi laman media sosialnya berkata, kesemua PATI terbabit dikesan oleh kumpulan ronda pada awal pagi.

“PATI terdiri daripada 2 lelaki serta 2 perempuan berumur di antara 26 dan 37 tahun dikesan semasa rondaan pada pukul 8 pagi,

“Pemeriksaan mendapati kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah,

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63,

“Kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan COVID-19 bagi mencegah penularan virus di kalangan pesalah dan petugas,” katanya.

Tambahnya, Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA turut menyeru masayarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis berkaitan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply