Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesias Hornbill Strike tingkat kemahiran Taktik, Teknik dan Prosedur anggota 8 RRD Para

Eksesias Hornbill Strike tingkat kemahiran Taktik, Teknik dan Prosedur anggota 8 RRD Para

by Air Times News Network

TERENDAK, 28 Feb – Seramai 6 pegawai dan 160 anggota Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (8 RRD) (Para) terlibat dalam Eksesais Hornbill Strike Siri 1/22 yang berkonsepkan Raid dan Breakout Op di sekitar Kem Terendak pada 14 hingga 20 Februari lalu.

8 RRD Para dalam hantaran di media sosialnya berkata, eksesais ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) dalam melaksanakan serbuan terhadap instalasi penting atau High-Value Target apabila ditawan oleh pihak musuh.

Selain itu, eksesais ini juga untuk meningkatkan perintah dan kawalan bagi setiap peringkat pemerintahan dalam pelaksanaan eksesais tersebut.

Menurutnya, latihan ini dilaksanakan dalam 3 fasa yang mana iaitu Fasa Pertama bermula dengan kelas teori dan praktikal di medan, manakala Fasa Kedua melibatkan Tactical Exercise Without Troops (TEWT), Tactical Drill Exercise (TDX) dan Penyampaian Perintah.

Seterusnya, Fasa Ketiga pula adalah pelaksanaan Field Training Exercise (FTX) iaitu Raid terhadap objektif akhir yang telah dipilih bertempat di sekitar Bukit Langsat.

Katanya, eksesais ini juga dapat menguji kebolehan setiap lapisan pegawai dan anggota dalam Penyampaian Perintah serta Pelaksanaan Raid yang dinilai oleh Kumpulan Penilai yang telah ditugaskan.

Latihan ini dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk health screening sebelum dan selepas eksesais dilaksanakan. – airtimes.my

Galeri gambar:

 

 

Related Articles

Leave a Reply