Home Semasa COVID-19: 31,199 jangkitan baharu, tertinggi direkodkan

COVID-19: 31,199 jangkitan baharu, tertinggi direkodkan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Sebanyak 31,199 kes jangkitan COVID-19 direkodkan semalam iaitu rekod tertinggi sejak wabak itu dikesan pada 25 Januari 2020.

Angka terbaharu ini menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan akibat wabak berkenaan di dalam negara adalah sebanyak 3,305,157 kes.

Jangkitan tertinggi yang pernah direkodkan sebelum ini ialah sebanyak 28,825 kes iaitu pada 19 Februari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, sebanyak 31,080 kes daripada 31,199 jangkitan baharu merupakan kes tempatan.

Manakala, 119 kes merupakan kes import yang dicatatkan semalam.

Beliau turut mengesahkan, sebanyak 31,005 kes iaitu bersamaam 99.38 peratus adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Selain itu, sebanyak 194 kes (0.62 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5,” jelasnya dalam kenyataan pada Khamis.

Portal CovidNow juga dimaklumkan terdapat 55 kematian baharu dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kematian terkumpul sebanyak 32,488.

Daripada 55 kes maut COVID-19 itu, 23 kes merupakan kes kematian di luar hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 6,629.

Dalam masa sama, 20,399 kes sembuh dikenalpasti setakat jam 11.59 malam tadi menjadikan jumlah pesakit COVID-19 yang sembuh sebanyak 2,994,840 orang.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan pertambahan kes aktif sebanyak 10,800 menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif mencecah 277,829 kes.

Sebanyak 95.5 peratus kes aktif menjalani kuarantin di rumah manakala 4,460 pesakit mewakili 1.6 peratus dan 7,725 orang (2.8 peratus) masing-masing berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC) dan hospital.

Sementara itu, seramai 305 pesakit COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 191 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply