MOSKOW, 24 Feb – Presiden Rusia, Vladimir Putin hari ini mengumumkan operasi ketenteraan terhadap Ukraine di Donbass.
“Operasi ketenteraan khas untuk melindungi Donbass akan dilaksanakan. Rusia tidak akan membenarkan Ukraine untuk memiliki senjata nuklear,
“Perkara ini memerlukan tindakan muktamad dari Rusia,” lapor agensi media TASS yang memetik kenyataan Putin.
Menurutnya, Presiden Rusia itu menolak bahawa berlakunya operasi untuk menawan wilayah Ukraine.
“Rakyat Ukraine mempunyai hak untuk menentukan nasib mereka. Pihak rejim Ukraine bertanggungjawab terhadap mana-mana pertumpahan darah yang akan berlaku,
“Sekiranya berlaku campur tangan dalam isu Ukraine, Rusia akan bertindak balas,” tegas Putin. – airtimes.my
Notis peringatan: Artikel dan berita eksklusif Air Times News Network tidak dibenarkan untuk diulang terbit, ulang siar, dan dicetak. Penggunaan sebagai konten Youtube termasuk skrip turut dilarang sama sekali. Awas! Memberi kredit tidak bermakna anda terselamat dari sebarang tindakan sekiranya TIADA KEBENARAN diberikan. Sila hubungi pihak Air Times untuk maklumat lanjut. Terima kasih.