Home SemasaGlobal Tentera Gabungan Arab lancar serangan terhadap 44 sasaran di Yaman

Tentera Gabungan Arab lancar serangan terhadap 44 sasaran di Yaman

by M.Daim

RIYADH, 28 Jan – Tentera Gabungan Arab telah melancarkan serangan di 44 lokasi di Yaman bagi menggempur kedudukan puak Houthi.

“Serangan di Mari, al-Bayda dan Taiz telah menyebabkan 190 militan maut serta 29 kenderaan tempur mereka musnah,” lapor Saudi Press Agency.

Tentera bersekutu diketuai Arab Saudi telah memperhebatkan serangan terhadap Houthi selepas Abu Dhabi diserang dengan menggunakan peluru berpandu balistik, peluru berpandu kruis serta UAV.

Selain UAE, puak Houthi yang disokong oleh Iran kerap melancarkan pelbagai serangan peluru berpandu terhadap Arab Saudi. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply