Home Semasa Tun M semakin pulih, pindah ke wad biasa – Marina

Tun M semakin pulih, pindah ke wad biasa – Marina

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan semakin pulih dan dipindahkan keluar dari Unit Rawatan Koronari ke bilik wad biasa, Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.

Datin Paduka Marina Mahathir dalam satu kenyataan berkata, Tun M ceria dan bersemangat untuk kembali pulih sepenuhnya.

“Dari penilaian pasukan doktor pakar yang merawat Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau didapati semakin pulih,

“Bagi mengelakkan sebarang jangkitan, Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak dibenarkan menerima pelawat di IJN ketika ini,

“Beliau dan seluruh ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan agar beliau sembuh sepenuhnya,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply