Home SemasaGlobal UAE sekat penerbangan dron dan pesawat ringan

UAE sekat penerbangan dron dan pesawat ringan

by M.Daim

ABU DHABI, 23 Jan – Pihak berkuasa penerbangan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah mengeluarkan arahan untuk sekat mana-mana penerbangan dron dan juga pesawat ringan persendirian di ruang udara negara itu.

Arahan tersebut berkuat kuasa 22 Januari.

Menurut pihak berkuasa keselamatan UAE, keputusan dibuat selepas berlaku pelanggaran undang-undang penerbangan di beberapa kawasan negara itu.

“Pihak masyarakat dan komuniti dikehendaki untuk mematuhi arahan ini bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda,” kata pihak Kementerian Dalam Negeri UAE dalam satu kenyataan.

Menurutnya, penerbangan dron dan pesawat ringan yang berkaitan kontrak kerja, komersil dan pengiklanan masih boleh mendapatkan permit dari pihak berkuasa.

UAE sebelum ini digegarkan dengan serangan mengejut oleh puak Houthi melalui Operasi Badai Yaman pada 18 Januari lalu.

Dalam serangan tersebut, puak Houthi telah melancarkan peluru berpandu balistik, peluru berpandu kruis dan dron terhadap Abu Dhabi sebagai tindak balas negara teluk itu terlibat dalam konflik di Yaman.

Sehingga kini, seramai 3 orang disahkan maut akibat serangan itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply