Home SemasaGlobal Tentera Laut AS pintas bot Yaman seludup 40 tan baja dari Iran

Tentera Laut AS pintas bot Yaman seludup 40 tan baja dari Iran

by M.Daim

MANAMA, 23 Jan – Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) telah memintas sebuah bot nelayan menyeludup 40 tan baja yang dipercayai digunakan sebagai bahan letupan.

Pihak Armada ke-5 US Navy dalam satu kenyataan berkata, bot terbabit pernah ditahan pada Februari tahun lalu di luar pesisir Somalia kerana menyeludup ribuan laras pelbagai senjata api dan roket.

“Bot ditahan di perairan antarabangsa selepas keluar dari kawasan perairan Iran,

“Pemeriksaan terhadap bot ini mendapati 40 tan baja dan bahan kimia yang boleh dijadikan sebagai bahan letupan,” kata kenyataan itu.

Bot terbabit telah dipintas oleh kapal pembinasa USS COLE dan kapal peronda pantai USS CHINOOK.

Jelasnya, bot terbabit berada di laluan yang kerap digunakan oleh kumpulan penyeludup senjata untuk puak Houthi di Yaman.

Bot, kargo dan 5 awak-awak telah diserahkan oleh US Navy kepada Pasukan Pengawal Pantai Yaman. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply