Home Pertahanan dan Keselamatan Maklumat penduduk kampung bongkar kehadiran PATI

Maklumat penduduk kampung bongkar kehadiran PATI

by M.Daim

KOTA TINGGI, 23 Jan – Tentera Darat Malaysia telah menahan 4 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga negara Indonesia dalam Op Benteng di Tanjung Sedili, hari ini.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam satu kenyataan berkata, tim peronda telah mengesan pergerakan orang yang  mencurigakan di pinggir hutan Tanjung Sedeli setelah menerima maklumat daripada  penduduk kampung.

“Tim Quick Reaction Force (QRF) telah diatur gerakkan ke lokasi kejadian dan seterusnya berjaya menahan dan membuat penangkapan ke atas 4 PATI,

“Kesemua 4 PATI telah diserahkan ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk disoal siasat dan proses dokumentasi,” katanya.

Menurut 3 Div, kesemua PATI yang ditahan merupakan lelaki warga negara Indonesia berusia sekitar 24 hingga 47 tahun.

“Saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Sungai Rengit dan hasil ujian saringan mendapati kesemua PATI negatif COVID-19.

“Mereka seterusnya diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Johor,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, pihak 3 Div turut menyatakan Tim QRF, Tim Dron dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus melaksanakan operasi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar Tanjung Sedili. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply