Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat atur gerak anggota, aset bantu mangsa banjir di Sabah

Tentera Darat atur gerak anggota, aset bantu mangsa banjir di Sabah

by Nurulhuda

LOK KAWI, 21 Jan – Tentera Darat Malaysia menerusi Disvisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) telah mengaturgerakkan anggota bagi membantu agensi awam negeri Sabah dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di kawasan yang terjejas.

Markas 5 Div menerusi hantaran di media sosialnya berkata, anggota daripada 75 Batalion Kor Ordnans Diraja (75 BOD) dan 75 Batalion Kor Perkhdimatan Diraja (75 KPD) diaturgerak bagi membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah dalam penghantaran barangan keperluan mangsa banjir yang terjejas di daerah Kota Marudu dan Pitas pada Rabu lalu.

“5 Div sekali lagi bekerjasama dengan agensi awam di Negeri Sabah bagi memberikan bantuan penghantaran barangan mangsa banjir yang terjejas di daerah Kota Marudu dan Pitas,

“Pasukan sentiasa siap siaga dalam memberikan bantuan dan kerjasama dengan agensi awam serta swasta dalam meringankan beban mangsa banjir agar tabah dengan dugaan yang dihadapi,” jelas 5 Div.

Menurut 5 Div, bantuan dan kerjasama sebegini selaras dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam yang memberikan penumpuan kepada aspek pembentukan keyakinan serta pengiktirafan rakyat terhadap kredibiliti dan keupayaan TDM.

Hujan berterusan di beberapa daerah di kawasan Pantai Timur dan Utara Sabah menyebabkan penduduk kampung yang terjejas akibat banjir terpaksa dipindahkan ke Pusat pemindahan Sementara (PPS) apabila air sungai melimpah serta menenggelamkan kediaman masing-masing.

Daerah yang terjejas banjir termasuk Kota Marudu, Pitas, Telupid, Daerah Kecil Paitan dan Sandakan melibatkan lebih 3,000 mangsa di 27 PPS.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply