Home SemasaGlobal Korea Utara lancar ujian peluru berpandu ketiga

Korea Utara lancar ujian peluru berpandu ketiga

by M.Daim

SEOUL, 14 Jan – Korea Utara dilaporkan sekali lagi melancarkan projektil yang dipercayai peluru berpandu balistik, hari ini.

Pelancaran ini merupakan yang ketiga dalam tempoh 2 minggu Januari 2022.

“Korea Utara sedang berusaha untuk mencipta sistem persenjataan canggih walaupun mengalami sekatan baharu oleh Amerika Syarikat,” lapor media Korea Selatan.

Baru-baru ini, Korea Selatan mengesahkan Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu yang terbang pada kelajuan Mach 10 (10 kali ganda kelajuan bunyi) pada Rabu lalu.

Semasa ujian kedua tersebut, peluru berpandu Korea Utara dilaporkan berjaya mencapai ketinggian 60,000 meter dan terbang meluncur sejauh 700 kilometer. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply