BANGKOK, 12 Jan – Kabinet Thailand dilaporkan telah memberi kelulusan sebanyak 13.8 bilion Baht (RM1.729 bilion) kepada angkatan udara negara itu untuk membeli jet pejuang baharu.
Kelulusan dibuat untuk belanjawan fiskal 2023 bermula Oktober ini.
“Kata putus telah dicapai dalam satu mesyuarat kabinet yang diadakan pada hari Selasa,” lapor Bangkok Post yang memetik sumber mereka.
Menurutnya, model pesawat yang akan diperoleh masih belum diputuskan walaupun sebelum ini Panglima Tentera Udara Thailand, Napadej Dhupatemiya menyuarakan hasrat untuk membeli sejumlah jet pejuang F-35.
Pada masa yang sama, 2 panel kajian perolehan bagi menentukan jenis pesawat yang akan dibeli.
Napadej sebelum ini menyatakan rancangan untuk memperolehi jet pejuang generasi ke-5 keluaran Lockheed Martin.
Menurut beliau, rancangan perolehan akan dilaksanakan mulai tahun 2023. Sebanyak 8 buah F-35 disasarkan melalui perolehan yang dilaksanakan melalui 2 fasa. – airtimes.my
