Home Pertahanan dan Keselamatan Perolehan F/A 18D Kuwait masih dalam perbincangan awal – Ikmal Hisham

Perolehan F/A 18D Kuwait masih dalam perbincangan awal – Ikmal Hisham

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=_XBUyel7kvk[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz menjelaskan, Kementerian Pertahanan kini dalam rangka perbincangan awal bagi proses pembelian aset udara dari Tentera Udara Kuwait.

Beliau berkata, sehingga kini perbincangan tersebut masih dilakukan selepas cadangan pembelian aset jet pejuang F/A 18D Hornet disuarakan di Parlimen sebelum ini.

“Di Parlimen, saya pernah dibangkitkan dengan soalan keupayaan pertahanan negara, kita berminat untuk mendapatkan pesawat dari Kuwait yang hendak dilupuskan,

“Difahamkan, Tentera Udara Kuwait hendak membeli pesawat yang lebih maju berbanding F/A 18D Hornet ini,

“Sekiranya pesawat ini masih boleh pakai lagi, jumlah penggunaan jam yang masih bagus. Dan ia merupakan aset yang baik, jadi perolehan pesawat tersebut buat masa ini masih dalam proses perbincangan awal,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas majlis pelancaran Kerjaya Ekonomi Gig Veteran ATM di Wisma Perwira ATM, hari ini.

Ikmal Hisham sebelum ini menyatakan hasrat kerajaan untuk memperoleh 33 buah F/A-18 dari Kuwait. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply