Home Semasa Perdana Menteri perlu masuk campur, tangani kemelut SPRM

Perdana Menteri perlu masuk campur, tangani kemelut SPRM

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Ahli Parlimen Pembangkang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kemelut yang melanda Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir menegaskan SPRM adalah satu agensi yang berada di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri.

“Perdana Menteri perlu memainkan peranan beliau bagi memastikan integriti SPRM terjamin,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dang Wangi, hari ini.

Terdahulu, beliau dan 3 Ahli Parlimen lain; Fahmi Fadzil, Dr. Maszlee Malik dan Maria Chin Abdullah hadir ke IPD Dang Wangi bagi membuat laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah menegaskan isu melanda SPRM merupakan satu perkara mustahak yang perlu diambil perhatian. Foto: Air Times/M Daim

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin menyatakan pengakuan Azam Baki beberapa hari lalu adalah sesuatu yang sukar untuk diterima.

“Ramai menyuarakan bahawa penjelasan Azam Baki tidak boleh diterima,

“Saya berharap Perdana Menteri melihat perkara ini sebagai satu isu penting dan isu nasional,

“Kita berharap Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen diwujudkan bagi menyiasat perkara ini,” katanya.

Jelasnya, isu pemilikan saham oleh Azam Baki merupakan satu perkara yang serius dan perlu disiasat dengan telus. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply