Home SemasaGlobal Perdana Menteri Sudan letak jawatan

Perdana Menteri Sudan letak jawatan

by M.Daim

KHARTOUM, 3 Jan – Perdana Menteri Sudan, Dr Abdalla Hamdok telah meletak jawatan, hari ini.

“Saya mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Sudan dan tempat ini akan diisi oleh anak watan Sudan,

“Ini bagi membolehkan mereka untuk terus memerintah dan mengharungi tempoh peralihan Sudan sebagai sebuah negara demokratik,” kata Hamdok dalam satu siaran langsung yang disiarkan oleh stesen televisyen Sudan.

Peletakan jawatan oleh beliau dibuat kurang 2 bulan selepas dilantik semula sebagai Perdana Menteri Sudan pada November lalu.

Selain dariapda itu, Hamdok tidak menamakan mana-mana individu yang akan menggantikan beliau.

Dalam rampasan kuasa pada akhir Oktober 2021, Hamdok dan beberapa pemimpin tinggi Sudan telah ditahan oleh tentera Sudan yang diketuai oleh Jeneral Abdel Fattah al-Burhan.

Beliau dan isteri telah dibebaskan dari tahanan selepas Abdel Fattah menerima tekanan dari komuniti antarabangsa.

Hamdok sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Afrika (UNECA) pada tahun 2011 hingga 2018. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?