Home SemasaGlobal 257 penduduk Gaza maut dibunuh Israel – Perhimpunan Nasional Keluarga Palestin

257 penduduk Gaza maut dibunuh Israel – Perhimpunan Nasional Keluarga Palestin

by M.Daim

RAMALLAH,3 Jan –357 nyawa penduduk Palestin menjadi korban tentera Israel sepanjang tahun 2021.

Angka tersebut didedahkan oleh Perhimpunan Nasional Keluarga Palestin (National Assembly for Martyrs of Palestine Families).

Laporan statistik yang dipetik oleh Asharq Al-Awsat memperincikan angka tersebut merangkumi 257 penduduk di Gaza dan 100 lagi di Tebing Barat.

Angka korban di kalangan kanak-kanak adalah seramai 79 orang, bersamaan 22 peratus dari angka keseluruhan.

Mangsa tertua pula adalah Amin Mohammed Hamad Al-Qulaq, berusia 90 tahun yang terkorban dalam Perang Gaza pada Mei 20212.

“Tentera Israel menerima dari pemimpin politik dan pihak atasan mereka untuk membunuh warga Palestin tanpa mengira jantina dan usia,” kata setiausaha agung pertubuhan, Mohammed Sbeihat.

Laporan turut mendedahkan seramai hampir 8 ribu rakyat Palestin telah ditahan oleh tentera Israel.

“Angka ini merangkumi lebih 1,300 golongan di bawah umur dan 184 wanita,” kata laporan itu.

Sementara itu, seramai 4,600 rakyat Palestin, termasuk seorang perempuan bawah umur dan 34 wanita masih di dalam penjara Israel. Tahanan tertua adalah Fouad Al-Shobaki yang berusia 81 tahun.

Seramai 600 orang tahanan mempunyai masalah kesihatan termasuk kanser. Jumlah rakyat Palestin yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pula seramai 547 orang.  – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply