Home SemasaGlobal Perancis beli 30 helikopter H160M dari Airbus

Perancis beli 30 helikopter H160M dari Airbus

by M.Daim

MARIGNANE, 23 Dis – Kerajaan Perancis telah menandatangani kontrak perolehan 30 buah helikopter H160M dari Airbus Helicopters, semalam.

Menurut pihak Airbus dalam satu kenyataan berkata, Paris telah menandatangani kontrak pembangunan dan perolehan H160M sebagai rangka program Light Joint Helicopter.

“Kontrak perolehan ini merangkumi pembangunan beberapa buah prototaip dan penghantaran 30 buah helikopter pertama,

“Kerajaan Perancis telah merancang untuk membeli 169 buah H160M,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, penghantaran pertama akan bermula pada 2027.

H160M dibangunkan dari helikopter H160. Ia direka untuk mmpunyai kos operasi yang rendah dan modular.

Jelas Airbus, H160M berupaya untuk melaksanakan misi operasi pasukan khusus, pemintasan, bantuan tembakan dan peperangan permukaan.

Tambahnya, kumpulan pertama 30 H160M yang diperolehi oleh Perancis akan digunakan oleh ketiga-tiga cabang perkhidmatan tentera negara Eropah itu. –  airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply