Home Semasa Bantah kenaikan harga barang antara 3 tuntutan konvoi Rakyat Tuntut Tiga

Bantah kenaikan harga barang antara 3 tuntutan konvoi Rakyat Tuntut Tiga

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=vWsHPZAFwbk[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) digesa untuk lebih proaktif dengan melaksanakan tindakan segera sama ada pelan jangka pendek atau jangka masa panjang bagi membantu rakyat yang terkesan.

Wakil konvoi Rakyat Tuntut Tiga, Afiqah Mohamaad berkata, pihaknya yang membawa suara rakyat menuntut 3 perkara daripada kerajaan iaitu kawalan harga barang, kawal selia penguatkuasaan undang-undang dan kartel serta rasuah dihapuskan di dalam negara.

“Pada hari ini kami berdiri bagi membawa suara rakyat dan tidak mewakili mana-mana parti politik,

“Rakyat Tuntut Tiga ingin menuntut KPDNHEP agar mengawal harga barang. Kedua, kami minta kawal selia penguatkuasaan undang-undang dan kartel serta rasuah dihapuskan,

Antara konvoi kenderaan yang memaparkan poster menuntut ‘KPDHEP Turunkan Harga Barang’ di perkarangan pusat membeli belah Sogo, hari ini.

“Kami berusaha membawa suara rakyat dengan cara yang amat berhemah dan kami harap tidak menyalahi mana-mana undang-undang,

“Kami tidak berhimpun, patuh pada prosedur operasi standard (SOP). Kami mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana memberi kerjasama dan maklum balas yang baik serta tidak mematahkan semangat untuk berjuang demi rakyat,” katanya ketika di temui pemberita.

Konvoi Rakyat Tuntut Tiga bawa suara rakyat menuntut 3 perkara daripada kerajaan iaitu kawalan harga barang, kawal selia penguatkuasaan undang-undang dan kartel serta rasuah dihapuskan di dalam negara. – Wakil konvoi Rakyat Tuntut Tiga, Afiqah Mohamaad

Afiqah turut menjelaskan Malaysia kini tidak lagi sebaris dengan negara besar lain dan perlu melalui perubahan serta kemajuan.

“Kita tidak lagi sebaris dengan negara besar lain. Kalau bukan kita yang berubah, siapa lagi?

“Kami teruskan kempen ini melalui media sosial supaya kenaikan harga barang ini tidak diambil mudah,” tambahnya.

Sementara itu, Najihah Muhaiman yang juga sekretariat Rakyat Tuntut Tiga menjelaskan, kempen ini diadakan sebagai isyarat kepada kerajaan agar memandang serius dalam menangani kenaikan harga barang yang melampau.

Wakil Konvoi Rakyat Tuntut Tiga yang ditemui selepas menyertai Konvoi Rakyat Tuntut Tiga di perkarangan pusat membeli-belah Sogo.

“Apabila harga barang naik, ia akan menyusahkan rakyat untuk meneruskan kehidupan,

“Jadi kami cadangkan dan mengesa kerajaan agar memandang serius perkara ini. Kami yakin dan percaya kerajaan sekarang adalah kerajaan yang prihatin terhadap rakyat,

“Kita harap kerajaan dapat membantu rakyat dan melihat sendiri kesusahan rakyat yang berada dalam keadaan tertekan,” jelasnya.

Terdahulu, konvoi luahan Rakyat Tuntut Tiga dimulakan di pusat membeli belah Pavilion di Jalan Bukit Bintang sekitar jam 4.45 petang.

Kemudian 4 kenderaan yang dilekatkan dengan poster tuntutan itu berkonvoi dan tiba di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman pada pukul 6 petang.

Antara poster yang dilekatkan di kenderaan tersebut adalah kawal harga barang; kuat kuasa undang-undang dan kartel rasuah dihapuskan.

Antara poster yang dilekatkan di kenderaan tersebut adalah kawal harga barang; kuat kuasa undang-undang dan kartel rasuah dihapuskan.

Mereka juga menuntut menteri agar menghentikan komen yang tidak sensitif.

Tinjauan di sekitar Kompleks Beli-Belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman mendapati, keempat-4 kenderaan itu hanya melalui pusat beli-belah itu sambil membunyikan hon ke arah para petugas media dan polis tanpa memberhentikan kenderaan mereka.

Malah konvoi bantahan kenaikan harga barang itu turut membuat 2 pusingan sebelum beredar kira-kira jam 6.30 petang. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply