Home Pertahanan dan Keselamatan Individu dakwa kes pukul anggota tentera belum tampilkan diri – Hishammuddin

Individu dakwa kes pukul anggota tentera belum tampilkan diri – Hishammuddin

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=R_vqgT46wuk[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menyatakan individu yang mendakwa kes anggota tentera dipukul di dalam bilik bujang di sebuah kem tentera masih belum tampil diri ke hadapan.

Beliau berkata pihaknya akan terus menyiasat dan tidak akan berkompromi dengan isu buli melibatkan anggota tentera.

“Tuan punya badan dari segi hantaran awalnya tidak tampil kehadapan lagi, tetapi ada perkara-perkara lain yang dibangkitkan netizen di luar sana,

“Saya telah meminta Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz untuk membuat siasatan secara peribadi dan dalam hal ini apa jua perkara yang dipanjangkan kepada kita melalui DM yang diterima akan terus disiasat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan Asia (NATSEC) 2022, hari ini.

Menurut Hishammuddin, beliau secara peribadi tidak akan berkompromi dengan isu buli berdasarkan pengalamannya sebelum ini sebagai Menteri Pelajaran.

“Semasa saya jadi Menteri Pelajaran, mereka yang terlibat dengan buli telah dihukum di mahkamah dan rayuan telah ditolak serta di penjara,” ujarnya.

Tegas Menteri Kanan Pertahanan, pihaknya akan mengambil tindakan sekiranya dakwaan tersebut adalah benar.

Namun begitu, beliau turut menegaskan siasatan rapi perlu dilakukan berhubung isu ini agar tidak berlaku penganiayaan hanya kerana hantaran oleh pihak tertentu di media sosial.

“Kita jangan dakwa mereka yang tidak berdosa, dan siasatan yang rapi mesti dibuat serta jangan terikut-ikut dengan apa yang dibaca diluar sana,

“Seseorang itu tidak bersalah hingga dibuktikan bersalah, saya tidak mahu anggota tentera dihakimi berdasarkan dakwaan di media sosial,” katanya.

Semalam, Hishammuddin memohon individu disebalik ciapan yang mendakwa seorang anggota tentera dipukul di dalam sebuah kem supaya menghubungi beliau dengan segera. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply