Home Pertahanan dan Keselamatan Pameran DSA platform penting agenda keselamatan negara – Menteri Kanan Pertahanan

Pameran DSA platform penting agenda keselamatan negara – Menteri Kanan Pertahanan

by M.Daim

KUALA LUMPUR,  3 Dis – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menegaskan pameran pertahanan Defence Services Asia (DSA) dan National Security (NATSEC) Asia 2022 penting untuk diteruskan kerana ianya memainkan peranan penting kepada agenda negara.

“Kementerian Pertahanan Malaysia sentiasa memberikan sokongan kepada pameran dwitahunan ini kerana ia memainkan peranan kepada agenda serantau dan global,” kata Hishammuddin semasa menyampaikan ucapan perasmian DSA 2022 di Hotel St Regis.

Beliau menambah, penganjuran DSA sebelum ini telah membuktikan ianya satu platform yang penting bagi memupuk kerjasama di antara industri, kerajaan, tentera serta agensi pertahanan serantau.

“Secara peribadi, saya memandang ke hadapan untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dengan negara rakan kita,

“Selain daripada itu, kita turut meneruskan hubungan sedia ada di samping membuka lembaran hubungan baharu,” ujarnya.

Terdahulu, Hishammuddin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin hadir menyempurnakan Majlis Perasmian DSA 2022 dan NATSEC ASIA 2022.

DSA 2022 dan NATSEC ASIA 2022 merupakan pameran pertahanan dwitahunan yang pertama kali diadakan selepas wabak COVID-19 melanda negara pada tahun 2019.

Berikutan wabak pandemik tersebut, pameran DSA dan NATSEC Asia yang sebelum ini dijadualkan berlangsung pada tahun 2020 dibatalkan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply