Home Semasa Omicron tingkat risiko jangkitan semula COVID-19 – WHO

Omicron tingkat risiko jangkitan semula COVID-19 – WHO

by M.Daim

GENEVA, 29 Nov – Pertubuhan Badan Kesihatan Dunia (WHO) hari ini menyatakan varian baharu COVID-19, Omicron mampu meningkatkan risiko jangkitan semula COVID-19 pada individu yang pulih dari wabak tersebut.

WHO dalam satu kenyataan berkata, risiko tersebut adalah lebih tinggi pada Omicron berbanding varian lain.

Namun begitu, WHO turut menegaskan maklumat terperinci kesan varian tersebut masih terhad.

“Kita akan mendapat maklumat yang lebih banyak dalam tempoh masa beberapa hari atau beberapa minggu,” katanya.

Dalam kenyataan sama, WHO menyatakan pihaknya sedang bekerjasama dengan semua pihak bagi mengenal pasti kemungkinan impak dari varian ini terhadap kaedah pencegahan dan vaksin sedia ada.

“Vaksin masih memainkan peranan yang penting untuk mengurangkan kesan teruk akibat jangkitan termasuk kematian,” katanya.

Pada masa yang sama, WHO menggesa langkah pencegahan penularan COVID-19 terus diamalkan pada setiap individu termasuk penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply