KUALA LUMPUR, 24 Nov – Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) hari ini mengumumkan Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak akan berlangsung mulai 6 Disember ini.
SPR dalam satu kenyataan berkata, Hari Mengundi Awal ditetapkan pada 14 Disember manakala Hari Mengundi pada 18 Disember.
“Tempoh berkempen ditetapkan 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 6 Disember 2021 sehingga pukul 11.59 malam, 17 Disember 2021,” katanya.
PRN Sarawak ke-12 diadakan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 3 November lalu. Pembubaran dilakukan secara automatik selepas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong perkenan penamatan darurat di Bumi Kenyalang.
Menurut SPR, PRN kali ini akan melibatkan seramai 1,252,014 pengundi.
Pada masa yang sama, SPR turut menyasarkan seramai 70 pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada PRN kelak. – airtimes.my