Home SemasaGlobal Kes COVID-19 naik mendadak, Singapura berwaspada

Kes COVID-19 naik mendadak, Singapura berwaspada

by M.Daim

SINGAPURA, 28 Okt – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH Singapura) menyatakan pihak mereka akan berwaspada dan terus melakukan pemerhatian berikutan peningkatan secara mendadak kes jangkitan COVID-19 di negara pulau itu.

“Angka kes pada hari ini (27 Oktober) adalah tinggi dan luar biasa. Ini berikutan pengesanan kes positif COVID-19 yang dilakukan di makmal dalam masa beberapa jam,

“Pihak MOH sedang meneliti lonjakan luar biasa dalam kes dalam tempoh yang agak singkat dan memantau dengan teliti arah trend untuk beberapa hari akan datang,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Singapura mencatatkan sebanyak 5,324 kes baharu jangkitan COVID-19 pada 27 Oktober. Angka ini merupakan tertinggi semenjak wabak pandemik melanda negara republik itu.

Dalam tempoh dua hari lalu, Singapura mencatatkan sebanyak 3,174 kes baharu pada 25 Oktober dan 3,277 kes pada 26 Oktober. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply