Home Semasa Kerajaan bangunkan modul galak teroka Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik

Kerajaan bangunkan modul galak teroka Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=wmgWxlVB0sM[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini menegaskan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang berkerjasama dengan pelbagai kementerian serta agensi bagi membangunkan teknologi pendidikan seiring dengan kemajuan semasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian di Dewan Negara.

“MOSTI selaku kementerian yang menerajui bidang sains dan teknologi akan saling melengkapkan usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta sektor informal,

“MOSTI mempunyai pelbagai agensi yang berperanan penting dalam pembangunan teknologi termasuk teknologi pendidikan,” katanya.

Menurut Adham, pelbagai agensi terlibat dalam usaha ini termasuk Akademi Sains Malaysia (ASM), Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) dan Cradle Fund Sdn. Bhd.

“ASM sedang membangunkan inisiatif ‘Malaysian Open Science Platform’ (MOSP). Ia merupakan sebuah platform digital perkongsian data penyelidikan di peringkat IPT ataupun universiti,

“Platform ini akan menghubungkan penyelidik tempatan dan antarabangsa untuk berkongsi data penyelidikan secara langsung melalui platform MOSP,

“Projek rintis ini dijangka siap pada suku pertama 2022,” katanya.

Beliau menambah, ASM sedang bekerjasama dengan Pusat STEM(Science, Technology, Engineering and Mathematic) Negara di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui pembangunan modul pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran STEM.

Menurutnya, pembangunan modul ini dilakukan melalui pendekatan pedagogi pendidikan sains berasaskan inkuiri kepada guru-guru STEM.

“Dalam perkara ini, guru berperanan untuk menggalakkan murid meneroka subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik secara kreatif untuk meningkatkan sifat ingin tahu yang mendalam,” jelas Adham Baba.

Tambahnya, MOSTI menerusi Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) akan menggalakkan lebih banyak inovasi tempatan berkaitan pendidikan melalui program National Technology and Innovation Sandbox (NTIS).

“Ini kerana pendidikan merupakan salah satu daripada sektor sasaran yang sejajar dengan pemacu sosioekonomi negara di bawah kerangka 10-10 MySTIE.

“Sebagai contoh, hasil inovasi syarikat tempatan kita adalah seperti laman sesawang Pandai dan pendidikan awal Anak2U dan aplikasi Science of Life Studies (SOLS) 24/7,” ujarnya.

Menteri turut menyatakan usaha MOSTI melalui Cradle Fund Sdn. Bhd. untuk melaksanakan program coaching kepada pelbagai syarikat start-up teknologi.

“Cradle Fund telah membiayai sejumlah 11 syarikat start-up teknologi yang menjalankan perniagaan berteraskan teknologi pendidikan,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply