Home SemasaGlobal Iraq tangkap Sami Jasim Muhammad Al Jaburi, pemimpin kanan Daesh

Iraq tangkap Sami Jasim Muhammad Al Jaburi, pemimpin kanan Daesh

by M.Daim

BAGHDAD, 11 Okt – Perdana Menteri Iraq, Mustafa Al Kadhimi mengesahkan orang kanan ketua kumpulan pengganas Daesh Abu Bakar Al-Baghdadi telah ditahan oleh pasukan keselamatan negara itu.

Sami Jasim Muhammad Al Jaburi yang turut dikenali sebagai Hajji Hamid telah ditahan oleh Jabatan Perisikan Kebangsaan Iraq (INIS).

“Pihak INIS telah melaksanakan satu operasi yang sukar untuk menangkap Sami Jasim yang merupakan pembiaya Daesh,” kata Mustafa di akaun Twitternya.

Menurut beliau, operasi dilaksanakan di luar kawasan sempadan Iraq. Pada masa yang sama, beliau tidak mendedahkan keadaan semasa Sami Jasim.

Sami Jasim merupakan pemimpin tinggi Daesh dan juga anggota kumpulan Al Qaeda in Iraq. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply