Home Semasa COVID-19: Angka jangkitan harian terus menurun, 6,709 kes

COVID-19: Angka jangkitan harian terus menurun, 6,709 kes

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 11 Okt – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan sebanyak 6,709 kes jangkitan baharu COVID-19 yang dicatatkan pada hari ini.

Beliau dalam satu hantaran di media sosial rasminya berkata, jangkitan baharu pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 2,346,303 kes.

Angka terbaharu kes harian ini merupakan catatan kes harian terendah dalam masa 3 hari berturut-turut.

Semalam, kes jangkitan baharu dalam negara merekodkan sebanyak 7,373 dan angka sembuh mencatatkan sebanyak 10,959 kes. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply