Home Semasa COVID19: 8,075 jangkitan baharu, penurunan kes dalam tempoh tiga hari berturut-turut

COVID19: 8,075 jangkitan baharu, penurunan kes dalam tempoh tiga hari berturut-turut

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Kes harian wabak COVID-19 dalam negara mencatatkan sebanyak 8,075 jangkitan, sekaligus menunjukkan penurunan kes dalam tempoh tiga hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman sosialnya berkata, jangkitan baru pada hari ini sekaligus mencatatkan kes kumulatif wabak berkenaan di dalam negara meningkat kepada 2,285,640 kes.

Beliau berkata, Sarawak menjadi negeri tertinggi kes harian dengan merekodkan sebanyak 1,189 kes dan Kelantan meningkat kepada 1,020 kes.

“Ini diikuti Pulau Pinang (853); Johor (781); Selangor (686); Sabah (677); Terengganu (636); Kedah (628); Perak (548); Pahang (522); Melaka (219); Kuala Lumpur (151) dan Negeri Sembilan (108) kes,

“Manakala negeri kes harian terendah adalah Perlis (36); Putrajaya (19) dan Labuan (2) kes.” – ujarnya

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan, sebanyak 9,066 kes baru dan 118 kematian akibat wabak ini. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply