Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat bina pos imbangan baharu jamin kedaulatan negara

Tentera Darat bina pos imbangan baharu jamin kedaulatan negara

by Nurulhuda

TAWAU, 4 Okt – Kerajaan terus memperkasa dan memperkukuhkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan Malaysia Timur dengan membina pos-pos imbangan baharu bagi menjamin kedaulatan negara.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan berkata, pertambahan pembinaan pos-pos tersebut adalah bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mengimbangi penempatan pos-pos Tentera Nasional Indonesia–Angkatan Darat (TNI AD) di sepanjang garisan sempadan.

Menurut TDM, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain telah berkesempatan melaksanakan lawatan kerja dan membuat tinjauan ke projek pembinaan pos imbangan tersebut di Tawau dan Pensiangan, hari ini.

Turut hadir, Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad; Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5Div), Mejar Jeneral Mohd Halim Khalid; Ketua Jurutera, Mejar Jeneral Datuk Pahlawan Ir Chapiti Redzwan dan Ketua Pengarah OPLAT, Brigedier Jeneral Baharuddin Ahmad.

“Projek pembinaan bagi Pos Imbangan Tibow dan Pos Imbangan Luis telah bermula sejak 12 Julai 2021 kini berada pada tahap 16.5 peratus, dan ia dijangka siap pada 19 Mac 2022,

“Projek pembinaan pos imbangan berkenaan dikendalikan oleh Skuadron Kelima Rejimen Askar Jurutera Diraja ( 5 Skn RAJD),

Dalam masa yang sama, TDM menjelaskan, projek pembinaan pos imbangan ini selaras dengan Tonggak Pertama Panglima Tentera Darat iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan untuk meningkatkan keupayaan TDM yang mampu serta bersedia mempertahankan kedaulatan negara. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply