KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah, di Istana Negara selesai sebentar tadi.
Difahamkan, Perbincangan Khas dihadiri 6 Raja-Raja Melayu itu berlangsung hampir 2 jam.
Kenderaan membawa Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menjadi yang terawal dilihat keluar meninggalkan pintu utama Istana Negara kira-kira jam 4.21 petang.

Kenderaan yang membawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat meninggalkan Istana Negara selepas selesai menghadiri Perbincangan Khas – Foto: AirTimes
Raja Melayu terakhir yang berangkat meninggalkan Istana Negara pada 4.28 minit petang tadi ialah Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Kenderaan yang membawa ultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut berangkat meninggalkan Istana Negara selepas selesai menghadiri Perbincangan Khas – Foto: AirTimes
Perbincangan Khas yang diadakan pada petang ini dipengerusikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi membincangkan isu-isu semasa negara termasuk pelantikan Perdana Menteri yang baharu. – airtimes.my