Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat cekup 10 PATI Indonesia cuba ceroboh masuk Malaysia

Tentera Darat cekup 10 PATI Indonesia cuba ceroboh masuk Malaysia

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 8 Ogos – Hajat 10 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang terdiri daripada 9 orang wanita dan seorang lelaki warga Indonesia yang cuba memasuki Malaysia gagal, apabila ditahan oleh anggota tentera dalam Operasi Benteng (Op Benteng) di pesisir pantai Teluk Ramunia, Bandar Penawar, awal pagi tadi.

Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (Mk 3 Div) dalam kenyataan berkata, penahanan tersebut hasil pemerhatian anggota pos pemerhati yang telah mengesan pergerakan bot mencurigakan di kawasan perairan tersebut.

Menurutnya, kesemua 10 PATI tersebut berumur sekitar 22 hingga 40 tahun itu ditahan ketika cuba untuk memasuki negara ini melalui jalan yang tidak sah.

“Hasil daripada tindakan pantas anggota petugas telah berjaya menangkap 7 PATI yang baharu saja mendarat,

“Pasukan telah bertindak dengan mengaturgerak tim Quick Reaction Force (QRF) ke lokasi tersebut untuk melakukan penjejakkan. Sekitar jam 4.30 pagi, Tim QRF telah berjaya mengesan dan menangkap 3 PATI yang sedang bersembunyi di kawasan hutan berhampiran pantai Teluk Ramunia,” jelasnya.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 7,358.14 melibatkan wang tunai Indonesia IDR 1842,300.00 (RM 538.14), 10 buah telefon bimbit pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM 6,820.00 serta barangan kemas.

Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Setia Tropika, Kempas.

Manakala, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai.

Mk 3 Div menjelaskan, pihaknya meneruskan atur gerak Tim QRF bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply