Home Semasa COVID-19: Kes jangkitan menurun kepada 8,574 kes, Selangor kekal angka 4,000

COVID-19: Kes jangkitan menurun kepada 8,574 kes, Selangor kekal angka 4,000

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 12 Jul – Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia hari ini menjukkan penurunan selepas tiga hari berturut-turut mencatatkan kes baharu melebihi angka 9,000 dengan mencatatkan 8,574 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan, pertambahan kes tersebut sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 844,870.

Menurutnya, Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 4,308 kes diikuti Negeri Sembilan (794); Kuala Lumpur (609); Kedah (415); Melaka (411) dan Johor (407).

Selain itu, Pahang mencatatkan 314 kes; Sabah (298); Sarawak (235), Pulau Pinang (231); Perak (168); Terengganu (140); Kelantan (133); Labuan (66) dan Putrajaya (45).

“Tiada kes baru COVID-19 di Perlis,” jelasnya.

Semalam, Malaysia mencacatkan 9,105 kes baharu dengan 91 kes kematian akibat COVID-19.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply