Home Semasa Sarawak beralih ke Fasa Dua PPN Rabu ini

Sarawak beralih ke Fasa Dua PPN Rabu ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 12 Jul – Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membuat peralihan untuk Sarawak daripada Fasa 1 ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Rabu ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat keputusan tersebut berdasarkan pencapaian nilai ambang tiga indikator utama PPN yang ditetapkan.

“Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menampakkan impak positif di beberapa negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Pahang, Perlis, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sabah yang kini telah berjaya melangkah dari fasa 1 ke fasa 2 PPN,

“Sidang Khas MKN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada hari ini telah meneliti pembentangan peralihan fasa bagi negeri-negeri di bawah PPN oleh Kementerian Kewangan Malaysia,

“Setelah semua agensi terlibat termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneliti nilai-nilai ambang atau threshold negeri ini, sidang Khas MKN bersetuju untuk membuat peralihan fasa bagi negeri Sarawak daripada Fasa 1 ke Fasa 2 berdasarkan pencapaian nilai ambang 3 indikator utama yang telah ditetapkan,” jelasnya dalam kenyataan mengenai perkembangan PKP, hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan berkata, maklumat lanjut mengenai semua kebenaran yang telah ditetapkan bagi fasa 2 boleh dirujuk di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my. -airtimesmy

Related Articles

Leave a Reply