Home Politik PEJUANG gesa pendaftaran diluluskan segera

PEJUANG gesa pendaftaran diluluskan segera

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin segera meluluskan pendaftaran parti itu untuk memberi pilihan kepada rakyat untuk menyertainya dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja PEJUANG, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, tindakan melengah-lengahkan pendaftaran Pejuang bermotifkan politik dan tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

“PEJUANG menzahirkan rasa kekesalan terhadap sikap pimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang cuba menghalang pilihan rakyat untuk menyertai parti politik dan bertanding dalam pilihan raya dalam sebuah sistem demokrasi,

“PEJUANG menggesa Menteri Dalam Negeri untuk meluluskan pendaftaran Pejuang dengan kadar segera tanpa melengah-lengahkannya lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Amiruddin menambah, PEJUANG amat menghargai dan menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memanggil Pengerusi PEJUANG untuk diterima mengadap sebagai salah seorang pimpinan parti politik tanah air di Istana Negara, pada Khamis.

“Namun sekali pun Tuanku mengiktiraf Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pimpinan sebuah parti politik berdasarkan jemputan tersebut,

“Apa yang menghairankan adalah pendirian kerajaan PN melalui Menteri Dalam Negeri yang masih sehingga kini tidak membuat sebarang keputusan untuk meluluskan pendaftaran Pejuang dan berusaha untuk menggunakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk menghalang gerakan Pejuang sebagai sebuah parti politik yang sah,” tambahnya.

Pada 21 Mei lalu, Pejuang memaklumkan parti itu menerima amaran keras daripada ROS untuk menghentikan segala aktiviti keahlian dan penggunaan logo parti.

Pejuang sebelum ini mengajukan semakan kehakiman untuk memaksa Hamzah dan ROS membuat keputusan mengenai rayuan pendaftaran parti mereka.-airtimes.my

Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja PEJUANG, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, tindakan melengah-lengahkan pendaftaran Pejuang bermotifkan politik dan tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Related Articles

Leave a Reply