Home Semasa Peranan petugas kesihatan terlalu besar berhadapan pandemik COVID-19

Peranan petugas kesihatan terlalu besar berhadapan pandemik COVID-19

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=BIqwoVUL8oA[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Peranan yang dimainkan petugas kesihatan dan rumah mayat terlalu besar ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Pakar Perunding Perubatan Kecemasan & Trauma Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose menerusi hantaran di media sosialnya berkata, kini setiap hari sekitar 50 orang mati akibat COVID-19.

“Petugas rumah mayat inilah yang menghantar mayat-mayat itu untuk dikebumikan,

“Ahli keluarga hanya boleh melihat dari jauh. Tiada kucupan terakhir untuk selamat tinggal ke alam barzakh. Hanya doa yang dititip dari jauh. Ada antaranya ibu atau bapa yang mendapat COVID-19 dari anak atau menantu yang berziarah,” katanya.

Petugas pengurusan jenazah pesakit COVID-19 menurunkan jenazah seorang mangsa duntuk dikebumikan. Foto: Bernama

Beliau meluahkan, ada sesetenggah pihak hanya tahu bercakap dan mengarah untuk petugas kesihatan membuat itu dan ini, tetapi sebenarnya mereka tidak tahu apa yang berlaku.

“Dalam keadaan petugas kesihatan bertungkus -lumus di hospital merawat ledakan kes COVID-19, anda boleh bercekak pinggang berkata, ‘bukalah katil lebih. Tambah jer lah katil ICU!,

“Malangnya katil ICU bukan katil yang dibeli di kedai perabot. Ada staf ramai, peralatan jutaan ringgit, kemahiran mengendaikan pesakit dan banyak aspek lain yang sukar,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata ramai masyarakat yang menipu diri sendiri dengan mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Ramai yang menipu diri sendiri dengan SOP yang ke laut, bila makan, berziarah senyap-senyap, rentas sempadan di jalan tikus, beraya senyap-senyap, makan dekat-dekat di asrama dan tempat kerja,

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dituduh tipu data dan semuanya salah KKM,” jelasnya.

Menurutnya, walaupun katil hospital ditambah banyak manapun, kalau masyarakat tidak melaksanakan tanggungjawab dengan mematuhi SOP, kes akan terus meningkat.

Keadaan di ICU yang dipenuhi pesakit. Foto: KKM

“Tambahlah katil hospital banyak manapun, tetapi kalau anda tidak menghentikan malah menambah kes-kes COVID-19 ke hospital dari SOP anda yang ke laut, semuanya tidak pernah akan cukup untuk anda,

“Semuanya hanya akan berhenti apabila anda melihat diri sendiri, berhenti menyalahkan orang tetapi menyalahkan diri sendiri,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Dr Alzamani menegaskan bahawa masyarakat memainkan peranan yang besar untuk menghentikan penyebaran penyakit COVID-19 ini.

“Caranya sama, tak berubah seperti dipesan sejak setahun lalu, pakai mask dan jauhilah manusia,

“Amalkan SOP ‘tanpa ruang bolos’ sedikitpun. Anggap semua ada COVID-19. 1 meter adalah jarak ‘keramat’. Jika mask dibuka contohnya semasa makan atau riadah, obseslah untuk jarak itu melebihi 1 meter dari mereka,” ujarnya lagi.

Masyarakat memainkan peranan yang besar untuk menghentikan penyebaran penyakit COVID-19 ini dengan memakai mask dan mengikut SOP. Foto: Bernama

Dr Alzamani juga meminta orang ramai jangan terpedaya dengan dakyah pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyebarkan khabar angin tentang vaksin.

“Jangan percaya dakyah antivaksin yang suka mengeliru dan menyesatkan anda dengan slogan ‘Ikut SOP adalah mengikut telunjuk Yahudi’,

Daftarlah untuk divaksin. Ianya satu-satunya jalan keluar kita dari pandemik ini. Jika 80 peratus kita sudah divaksin, kita ada imuniti masyarakat.

“Kerana merekalah yang mengikut telunjuk syaitan dan mahukan anda atau keluarga anda mati sambil produk jualan mereka anda beli,“Daftarlah untuk divaksin. Ianya satu-satunya jalan keluar kita dari pandemik ini. Jika 80 peratus kita sudah divaksin, kita ada imuniti masyarakat. Tahun depan boleh raya, malah jika semua bagus boleh buka mask pun seperti di sesetengah negara yang siap divaksin pada kadar ini,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau juga berpesan kepada selebriti atau pemimpin, tunjuklah contoh yang baik dengan mematuhi SOP kerana impaknya besar untuk menyatukan rakyat ikut SOP.

“Dan kalaupun selebriti dan pemimpin tidak boleh diharap  untuk berperanan seperti yang diimpikan, janganlah pula anda mengikut mereka, kerana harganya dibayar oleh anda dan keluarga anda,

“Kita perlu berubah 180 darjah untuk memenangi perang ini. Kami tahu semua rahsia yang anda simpan kerana terbongkar di hospital – ziarah senyap-senyap, makan dekat-dekat, berhimpun senyap-senyap, berjemaah rapat-rapat secara senyap-senyap,

“Yang senyap-senyap inilah menyebabkan angka senyap-senyap naik. Sebaliknya, yang dalam senyap mematuhi SOP dengan sempurna adalah wira sebenar yang tak didendang. Anda sendiri sahaja yang tahu dalam kumpulan mana anda tergolong,” jelasnya.

Ujarnya, peranan masyarakat yang sebenarnya menentukan menang atau kalah perang melawan COVID-19 ini.

“Untuk menentukan sama ada ‘bas’ terus masuk gaung setiap hari atau tidak,

“Bukan kami di hospital. Bukan mereka yang membantu kebumikan mayat keluarga anda. Tetapi anda,

“Anda saja boleh menangkan dan anda saja yang boleh kalahkan pertarungan kita dalam perang virus ini,” tegasnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!