Home Semasa COVID-19: Kes baharu terus melonjak dengan 6,976 hari ini

COVID-19: Kes baharu terus melonjak dengan 6,976 hari ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Malaysia terus mencatat kes harian baharu sebanyak 6,976 kes hari ini, iaitu yang tertinggi sejak negara dilanda wabak pandemik COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosialnya berkata, penambahan ini menjadikan jumlah kumulatif kes harian di Malaysia meningkat sebanyak 512,091 kes.

Peningkatan ini merupakan hari kelima berturut bilangan kes jangkitan baharu melebihi angka 6,000.

Beliau berkata, negeri Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,235 kes, diikuti Sarawak (663) dan Kelantan (626).

Selain itu, Johor sebanyak (549), Kuala Lumpur (447), Negeri Sembilan (434), Kedah (442), Pulau Pinang (372), Perak (279), Terengganu (266), Pahang (263), Melaka (209), Sabah (136), Labuan (37), Putrajaya (30) dan Perlis (8).

Kali terakhir negara merekodkan kes jangkitan baharu ialah pada 20 Mei lalu iaitu sebanyak 6,806 kes positif. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply