KUALA LUMPUR, 12 Mei – Tentera Hamas telah melancarkan serangan roket besar-besaran terhadap ibu kota Israel, Tel Aviv, malam tadi.
Serangan tersebut telah menyebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion ditutup selama sejam.
Pihak Tentera Israel mengesahkan serangan dilancarkan oleh Hamas kira-kira pukul 2.30 pagi waktu Malaysia.
Sementara itu, pihak Hamas menyatakan mereka telah melancarkan 130 buah roket ke Israel.
“Serangan ini adalah untuk membalas tindakan Israel mengebom sebuah menara di Gaza,” kata Hamas dalam satu kenyataan.
Serangan roket yang dilancarkan dari Gaza telah dipintas oleh sistem pertahanan udara Iron Dome.
Namun begitu, beberapa kawasan di Israel dilaporkan mengalami kemusnahan akibat serangan Hamas.
Di RISHON LEZION, seorang wanita maut apabila roket Hamas mengenai sebuah bangunan di kawasan pinggir bandar Tel Aviv.
Di ASHKELON, pihak berkuasa Israel melaporkan seramai 2 orang wanita maut apabila roket dilancarkan mengenai rumah kediaman mereka.
Dalam perkembangan lain, sebuah tangki minyak milik syarikat Eilat-Ashkelon meletup selepas terkena bedilan Hamas.
Di HOLON, sebuah bas musnah terbakar akibat bedilan roket oleh Hamas. Menurut laporan AP, kejadian berlaku kira-kira 8 kilometer di selatan Tel Aviv. Seramai 4 orang cedera dalam kejadian itu. – airtimes.my