Home Semasa COVID-19: 3,551 kes baharu, Selangor kekal catat kes harian tertinggi

COVID-19: 3,551 kes baharu, Selangor kekal catat kes harian tertinggi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Kes baharu COVID-19 hari ini menurun kepada 3,551 kes daripada 3,744 kes pada Rabu, sekaligus menjadikan kes kumulatif COVID-19 di dalam negara kini 424,376 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu dalam tempoh 24 jam lepas, Selangor masih merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 1,137 kes diikuti Kuala Lumpur (477) dan Sarawak (391).

Ia diikuti Kelantan sebanyak 326 kes; Pulau Pinang (305); Johor (258); Perak (137); Kedah (112); Pahang (97); Negeri Sembilan (85); Melaka (82); Sabah (69), Terengganu (58); Putrajaya (12); Perlis (3) dan labuan (2) kes.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 2,709 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 392,555 kes sehingga hari ini.

Manakala, sebanyak 354 kes kini menerima rawatan di unit rawatan rapi dengan 199 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Terdapat 17 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 5 kes di Sarawak, masing-masing 3 kes di Johor dan Selangor, masing-masing 2 kes di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Selain itu, 1 kes masing-masing di Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, dan Terengganu,

“Sebanyak 18 kes melibatkan warganegara dan 1 kes bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19, hari ini.

Mengenai kluster baharu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 14 kluster telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 8 kluster tempat kerja, masing-masing 2 kluster komuniti dan kluster sektor pendidikan termasuk 1 kluster institusi pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), serta masing-masing 1 kluster kumpulan berisiko tinggi dan kluster keagamaan. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply