Home Semasa 23 lokaliti di Raub dikenakan PKPD mulai Sabtu ini

23 lokaliti di Raub dikenakan PKPD mulai Sabtu ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 16 lokaliti di Sungai Ruan dan 7 di Sempalit, Raub, Pahang bermula Sabtu ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu dilaksanakan di Taman Dahlia; Taman KSM Sungai Ruan; Taman Bunga Raya; Taman Sungai Ruan; Taman Cempaka; Taman Bunga Matahari; Taman Koperasi Mewah; Taman Melewar; Taman Mawar; Taman Mawar Impian; Taman Bunga Tanjung; Taman Bunga Angsana; Taman Melor; Taman Orkid; Rumah Murah Sungai Ruan dan Kampung Baru Sungai Ruan.

Manakala 7 lokaliti lagi dikenakan di Sempalit melibatkan Kampung Baru Sempalit; Taman Sempalit Indah; Taman Sempalit Baru; Taman Sempalit Aman; Taman Sempalit Jaya; Taman Emas dan Taman Emas Baru.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat peningkatan ketara kes dalam tempoh 2 minggu yang melibatkan lokaliti ini dengan 65 kes positif COVID-19 telah direkodkan,

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di 16 lokaliti di Sungai Ruan dan 7 lokaliti di Sempalit, Raub, Pahang bermula 8 Mei sehingga 21 Mei 2021,” katanya dalam kenyataan mengenai PKP, hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri turut menjelaskan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor dikenakan PKPD pada tarikh yang sama.

“KKM telah melakukan 212 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 96 orang daripadanya didapati positif COVID-19,

“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh satu minggu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi,” tambahnya. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply