Home SemasaGlobal Kumpulan pemberontak tembak jatuh helikopter tentera Myanmar

Kumpulan pemberontak tembak jatuh helikopter tentera Myanmar

by M.Daim

YANGON, 4 Mei – Kumpulan bersenjata Kachin Independence Army (KIA) mendakwa mereka telah menembak jatuh sebuah helikopter milik tentera Myanmar.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Luar Kachin National Council, Hkanhpa Sadan.

“Doa kami telah dimakbulkan, KIA berjaya menembak jatuh helikopter tentera Myanmar,” katanya dalam satu ciapan di akaun Twitter beliau.

Hkanhpa menambah, tentera Myanmar telah mempertingkatkan bedilan artileri di kawasan pertempuran di negeri Kachin.

Sementara itu, aktivis anti keganasan terhadap Rakhine, Maung Zarni menjelaskan helikopter yang ditembak jatuh adalah Mi-35P.

Media Myanmar melaporkan kejadian berlaku kira-kira 10.20 pagi Isnin.

“Pertempuran berlaku di Kampung Konglaw, Momauk,” kata laporan itu.

Ini merupakan kali pertama pesawat milik tentera Myanmar berjaya ditembak jatuh selepas tercetusnya konflik dalaman di negara itu.

Sehingga kini, belum dapat dipastikan sama ada helikopter tersebut ditembak jatuh dengan menggunakan meriam anti pesawat atau sistem pertahanan udara bawaan bahu (MANPADS). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply