Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 3 RRD pasang kawat duri kawal pusat kuarantin Dewan Politeknik Mukah

3 RRD pasang kawat duri kawal pusat kuarantin Dewan Politeknik Mukah

by Nurulhuda

Sarawak – Seramai seorang pegawai dan 18 anggota lain-lain pangkat (LLP) dari Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) telah diaturgerakkan bagi membantu pemasangan “concertina wire” di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Dewan Politeknik Mukah pada Khamis lalu.

PKRC Dewan Politeknik Mukah dibuka berikutan daripada peningkatan kes COVID-19 di kawasan tersebut.

Pihak Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Briged) dalam hantaran di media sosialnya berkata, program ini selaras dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu peningkatan Hubungan Tentera dan Awam.

PKRC yang kedua selepas PKRC Kem Belia ini dijangka dapat menampung sebanyak 300 pesakit dalam satu-satu masa.

Sehingga semalam, Sarawak telah mencatatkan 508 kes baharu COVID-19 dan ia menjadikan keseluruhan kes di negeri itu sebanyak 23,940.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 10 kluster yang masih aktif di negeri ini di mana Kluster Jalan Puncak Borneo dan Kluster Jalan Bambangan merupakan menyumbang kepada jumlah kes harian tertinggi di Sarawak. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply