Home Pertahanan dan Keselamatan 250 kotak seludup dirampas, PGA tahan 2 warga emas

250 kotak seludup dirampas, PGA tahan 2 warga emas

by Air Times News Network

BATU PAHAT, 19 Apr – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Simpang Renggam menahan 2 lelaki warga emas yang sedang memunggah 250 kotak rokok suludup pelbagai jenama di kawasan Jalan Abu Bakar, Batu Pahat pada Ahad.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang dalam satu kenyataan berkata, pasukan menahan 2 lelaki tempatan berusia 65 dan 66 tahun itu pada jam lebih kurang 4 petang menerusi Op Kontraban.

“Kesemua rokok tersebut dipercayai tiada cukai Kastam,

“Turut dirampas, 2 kenderaan yang digunakan dalam sindiket tersebut iaitu kenderaan jenis Toyata Camry dan Proton Saga,” katanya.

Menurutnya, anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah lebih RM94 ribu.

“Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967,” jelasnya.

Beliau juga menyeru kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply