if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ATM rampas syabu bernilai RM2.1 juta di Sungai Golok

ATM rampas syabu bernilai RM2.1 juta di Sungai Golok

by Nurulhuda

PASIR MAS, 10 Apr – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas 61 kilogram (kg) syabu bernilai RM2.1 juta dan sebuah kenderaan mewah berhampiran Sungai Golok, Rantau Panjang, semalam.

Dalam serbuan jam 8.45 malam itu, anggota pasukan daripada Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged) telah menyerbu 3 lelaki bersama sebuah kenderaan mewah yang berhenti berdekatan Sungai Golok.

Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Abu Hasan Assha’ari Kamis dalam kenyataan berkata, pada masa yang sama, terdapat pergerakan sebuah bot dari sebelah Thailand menuju ke arah Malaysia.

“3 lelaki tersebut telah mengangkat 1 guni daripada bot dan cuba memasukkan ke dalam kenderaan,

“Kemudian anggota anggota Kumpulan Serang dan Tangkap (SERKAP) telah membuat serbuan ke atas kenderaan namun kesemua lelaki tersebut berjaya melarikan diri ke arah Thailand melalui sungai,

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati 1 guni berwarna hitam mempunyai 61 paket serbuk teh jenama Guangyingwang dianggarkan 1 kilogram setiap paket yang disyaki mengandungi dadah jenis syabu,” katanya.

Menurutnya, jumlah keseluruhan syabu termasuk kereta mewah tersebut bernilai RM2,346,000.00.

“Rampasan ini juga memberi impak terhadap kejayaan keseluruhan Operasi Benteng (Op Benteng) dalam memperkukuhkan persempadanan negara ketika penularan COVID-19 sejak tahun lalu,”ujarnya.

Abu Hasan turut menyeru penduduk setempat dan semua agensi penguatkuasa untuk terus berkongsi maklumat dalam mencegah sebarang bentuk jenayah rentas sempadan bagi menjamin kedaulatan sempadan negara kekal terpelihara. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply