Home Pertahanan dan Keselamatan Kebajikan anggota, keluarga jadi keutamaan tingkat kesiapsiagaan ATM – Ismail Sabri

Kebajikan anggota, keluarga jadi keutamaan tingkat kesiapsiagaan ATM – Ismail Sabri

by Air Times News Network

KOTA TINGGI, 10 Apr – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa, kebajikan anggota dan keluarga menjadi keutamaan dalam mempertingkatkan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada di tahap tertinggi.

Beliau berkata demikian sempena lawatan kerjanya ke Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), hari ini.

Dalam lawatannya, beliau turut berkesempatan menziarahi anak-anak anggota yang mengalami masalah kesihatan dan memerlukan pemerhatian lanjut di Rumah Keluarga Angkatan Tentera PULADA.

Pada siri kali ini, beliau telah membuat lawatan kebajikan ke atas dua anak kepada Sarjan Joy Rendy Ujoi iaitu Jizalle Ally, 10, dan Osscar Ally, 5, masing-masing menghidap penyakit Cerebral Palsy.

Mereka berdua masih menjalani rawatan Neuro, Rehabilitasi dan Fisioterapi secara berkala di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Pihak hospital turut menyarankan Joy mendapatkan kerusi roda khas untuk anaknya oleh kerana masih memerlukan bantuan untuk bergerak dan mengurus diri.

Seterusnya, Ismail Sabri turut melawat anak kepada Staf Sarjan Haryana Jistar iaitu Semuel Aldine, 10, yang mengalami penyakit Speech Delay, Mild Autism serta masalah pendengaran kekal sejak tahun 2017.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut membuat lawatan kebajikan ke atas anak SSjn Haryana Jistar iaitu Semuel Aldine yang mengalami masalah pendengaran.

Kini, Semuel masih menjalani pemeriksaan dan rawatan susulan di Hospital Sultan Ismail bagi membolehkan pihak hospital memantau perkembangan kesihatannya.

Lawatan kebajikan ini dilaksanakan bagi mengenal pasti setiap bantuan yang diperlukan oleh warga ATM dan Kementerian Pertahanan yang mengalami masalah melibatkan kesihatan.

Selain itu, Ismail Sabri dalam ucapannya berkata, Badan Amal Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) amat penting kerana setiap kejayaan seorang lelaki mesti ada wanita dibelakangnya.

“Setiap kejayaan anggota tentera kerana sokongan dari BAKAT,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply