Home Semasa COVID-19: Malaysia catat 1,491 kes sembuh, 2 kematian hari ini

COVID-19: Malaysia catat 1,491 kes sembuh, 2 kematian hari ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Sebanyak 1,491 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 322,416 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh itu mengatasi jumlah kes harian baharu iaitu sebanyak 1,360 kes pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara mencecah 266,445 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah14,504 kes.

“Selangor terus melaporkan kes harian baharu tertinggi sebanyak 356 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 210 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 308 kes dan Johor sebanyak 129 kes,

“Sebanyak 62 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (27 kes), Kluster Telok Mas (20 kes), Kluster Tembok Muhasabah (12 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes), dan Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 157 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 72 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, 2 kes kematian di rekodkan di Sarawak dan ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1,248 kes.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melaporkan terdapat 8 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, 7 kluster tempat kerja dan satu (1) kluster komuniti.. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply