Home Pertahanan dan Keselamatan Eks Mantis perkukuh keupayaan Tentera Darat Malaysia hadapi ancaman serangan kimia

Eks Mantis perkukuh keupayaan Tentera Darat Malaysia hadapi ancaman serangan kimia

by M.Daim

MELAKA, 26 Mac – Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Leftenan Jeneral Muhammad Hafizuddeain Jantan  menegaskan latihan bilateral Malaysia-Kanada dalam Eks Mantis penting akan mempertingkatkan keupayaan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam menghadapi ancaman pengganas dan serangan kimia.

“Pengalaman dan ilmu yang ditimba dalam latihan ini merupakan sesuatu yang berharga kepada anggota TDM yang terlibat,

“Pada masa yang sama, ia memberi keyakinan kepada para peserta untuk lebih bersedia dalam menghadapi sebarang insiden yang melibatkan pencemaran kimia dan biologi dalam negara,” kata Hafizuddeain semasa menyempurnakan Majlis Penutupan Eks Mantis 7/2021, semalam.

Siri latihan bilateral ini telah diadakan semenjak tahun 2015 yang memberi fokus kepada operasi menentang ancaman pengganas dan CBRNe.

CBRNe adalah merujuk kepada penggunaan kimia, biologi, radioaktif, nuklear dan bahan letupan yang seringkali digunakan dalam serangan pengganas.

Latihan ini juga memberi fokus kepada aturgerak kumpulan kecil pakar CBRNe, tim pemusnah alat letupan reka ganti atau Improvise Explosive Device (IED) beserta kumpulan perubatan medan bagi menyokong operasi anti keganasan kumpulan penggempur pasukan khusus.

Menurut PMB TD, latihan seterusnya akan diadakan di Kanada pada Mei ini.

“Latihan lanjutan ini akan melibatkan 4 pegawai serta 18 anggota lain-lain pangkat dari 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dan Batalion Kedua Perubatan Kor Kesihatan Diraja (KKD),

“Mereka akan didedahkan dengan pengendalian bahan CBRNe secara langsung,” ujarnya.

Majlis penutupan eksesais ini turut dihadiri oleh wakil kedutaan Kanada, Esther Maria Van Nes dan Penasihat Pertahanan Kanada, Leftenan Kolonel Kevin Barker. – airtimes.my

Gambar galeri:

Related Articles

Leave a Reply