Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
COVID-19: Malaysia catat 1,327 kes baharu, 4 kematian hari ini – Air Times News Network
Home Semasa COVID-19: Malaysia catat 1,327 kes baharu, 4 kematian hari ini

COVID-19: Malaysia catat 1,327 kes baharu, 4 kematian hari ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Kes baharu COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan penurunan iaitu kepada 1,327 kes dalam masa 24 jam, ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes di dalam negara kini sebanyak 317,289 kes.⠀

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, terdapat sebanyak 11 kes import direkodkan yang mendapat jangkitan di luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini ialah sebanyak 14,518 kes.⠀

Mengenai penularan jangkitan COVID-19 mengikut negeri, Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi dengan pertambahan sebanyak 356 kes.⠀

“Daripada jumlah ini, sebanyak 274 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan,

“Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 276 kes dan Pulau Pinang sebanyak 205 kes,” jelasnya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di Malaysia, hari ini.⠀

Selain itu, Dr Noor Hisham menjelaskan sebanyak 1,247 kes sembuh COVID-19 direkodkan hari ini dan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 317,289 kes.⠀

“Seramai 154 pesakit COVID-19 menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 65 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,”ujarnya.⠀

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesahkan terdapat pertambahan sebanyak 4 kes kematian dan ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kini mencatatkan sebanyak 1,233 kes kes.⠀

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing 1 kes di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, dan Sarawak,

“Kesemua kes kematian melibatkan warganegara,” tambahnya. ⠀

Dalam pada itu, beliau berkata 5 kluster baharu dikesan hari ini yang melibatkan 4 kluster tempat kerja dan 1 kluster komuniti.– airtimes.my ⠀

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?