Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 14 RAMD (Mek), 11 KAD uji keupayaan ‘manoeuvre’ kereta kebal

14 RAMD (Mek), 11 KAD uji keupayaan ‘manoeuvre’ kereta kebal

by Air Times News Network

GEMAS, 22 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) melaksanakan latihan Combines Arm Manoeuvre Area (CARMA) bagi menguji keupayaan manoeuvre kereta kebal di Tapak Bravo, Lapang Sasar Asahan pada 15 Mac hingga 19 Mac lalu.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) berkata, latihan CARMA ini melibatkan seramai 4 pegawai dan 46 anggota lain-lain pangkat (LLP) dari Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanize (14 RAMD) (Mek) dan Rejimen Ke-11 Kor Armor Diraja (11 KAD).

“Latihan ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan khususnya kepada anggota Platun Mek dan Trup Kereta Kebal dalam melaksanakan atugerak secara Combat Team selain memfokuskan untuk menguji keupayaan manoeuvre di kawasan latihan CARMA yang baharu dibangunkan,

“Sepanjang latihan dijalankan, anggota telah didedahkan dengan aspek kraf kenderaan, kawad-kawad platun atau terup dan taktik,” katanya.

Selain itu, latihan ini juga telah dijadikan sebagai medan menguji dan mengenal pasti kesesuaian kawasan latihan CARMA dengan menggunakan aset yang diaturgerakan.

“Rancangan membangunkan CARMA ini bagi membolehkan latihan secara realistik serta dilaksanakan berlandaskan Battle-Focused Training secara gabungan bagi mendukung Divisyen Gabungan Penggempur ‘TERBAIK’ yang merupakan idea dari Panglima 3 Div, Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim,

“Latihan ini akan diteruskan di masa akan datang dengan merangkumi Combined Arms Live Firing Exercise (CALFEX) melibatkan kesemua elemen Tempur, Bantuan Tempur dan Bantuan Khidmat,” ujarnya. – airtimes.my

Gambar galeri:

 

Related Articles

Leave a Reply