if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Keningau dikenakan PKP mulai esok

Keningau dikenakan PKP mulai esok

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di daerah Keningau, Sabah bermula esok sehingga 4 April 2021.

Beliau berkata, PKP ini dibuat setelah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat peningkatan kes positif harian secara mendadak di daerah ini dimana 42 kes telah direkodkan hasil saringan secara bersasar yang dibuat di Kampung Lingkudau yang juga telah dilaksanakan PKPD.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di daerah Keningau, Sabah bermula 22 Mac hingga 4 April depan,” katanya dalan kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan PKP ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar serta mengesan beberapa lagi kontak rapat dan mengawal pergerakan penduduk di daerah ini.

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan Sabah dan 6 negeri lain dikekalkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa pada 19 Mac sehingga 31 Mac depan. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply