Home Semasa Gabungan NGO serah memorandum mohon Majlis Raja-Raja kaji semula Proklamasi Darurat

Gabungan NGO serah memorandum mohon Majlis Raja-Raja kaji semula Proklamasi Darurat

by Nurulhuda

SHAH ALAM, 3 Feb – Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) memohon Majlis Raja-Raja untuk mengkaji semula pelaksanaan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 didalam negara demi kepentingan rakyat.

Timbalan Ketua Koordinator GBMR, Dr Maimunah Sargeant berkata, memorandum yang ditandatangani lebih 150 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut diserahkan kepada Yang di-Pertuang Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, semalam.

Tambah Dr Maimunah, pihaknya juga akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada hari ini.

Beliau berkata, menerusi memorandum itu, pihaknya memohon Sri Paduka Baginda untuk melihat dan mendengar sendiri rintihan rakyat yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Darurat.

“Harapan kami supaya Institusi Diraja dapat melihat dan bertindak dengan belas kasiha untuk mengurangkan darurat ini,

“Ini merupakan dari suara rakyat, pihak kami hanya menyampaikan suara dan rintihan daripada rakyat yang meminta darurat ini tidak dilaksanakan,

“Semoga semua Raja-Raja dapat melihat dan mendengar memorandum rintihan rakyat untuk mengambil peduli rakyat yang kini dalam kesusahan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Istana Selangor, hari ini.

Menurutnya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini tidak mengambil berat tentang kesusahan rakyat yang terjejas akibat COVID-19.

“Bila kita cakap rakyat Malaysia, semua orang perlu dibantu, tidak kira orang Melayu, India dan China perlu dibantu. Kita tidak boleh pilih kasih,

“Kalau PKP masih juga diadakan, saya tidak tahu apa akan jadi dengan negara. Sebab benda yang seharusnya dilaksanakan, tidak dibuat dengan sepenuhnya,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, pihaknya turut memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memperkenankan semula tindakan kerajaan yang mengantung sesi Parlimen di Dewan Rakyat.

“Sekarang ini kenapa kerajaan PN gantung Parlimen?. Parlimen adalah satu tempat untuk menyatakan masalah rakyat. Tetapi kini, Parlimen telah digantung oleh pemimpin sendiri,

“Kini, mandat rakyat sudah tidak dipedulikan,”jelasnya. –airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply