Home Semasa 2 lokaliti di Terengganu dan Perak dikenakan PKPD bermula esok

2 lokaliti di Terengganu dan Perak dikenakan PKPD bermula esok

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 3 Feb – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersat dan Tapak Bina Kuarters, Kuala Berang, di Terengganu selama 14 hari berkuat kuasa esok sehingga 17 Februari 2021.

Selain di Terengganu, 2 kawasan di Perak juga dikenakan PKPD, iaitu Felda Lasah dan Kampung Besi Api di Kuala Kangsar.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 4 lokaliti tersebut dikenakan PKPD diatas nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai pengesanan kes positif wabak pandemik COVID-19 di kawasan berkenaan.

“Sehingga 1 Februari 2021, KKM telah melaksanakan 420 ujian saringan di Felda Tersat, Kuala Berang dan daripada jumlah itu sebanyak 45 kes positif COVID-19 telah direkodkan,

“Di Tapak Bina Kuarters TNB Kuala Berang, Hulu Terengganu, KKM mengesahkan sebanyak 62 kes positif COVID-19 telah direkodkan,

“Manakala, sehingga 31 Januari 2021, KKM telah melaksanakan 71 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 35 kes positif COVID-19 telah direkodkan di 2 lokaliti di Kuala Kangsar,

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di 2 kawasan berkenaan bermula 4 Februari sehingga 17 Februari ini,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Beliau menjelaskan, pelaksanaan PKPD ini adalah untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar serta mengawal jangkitan dalam komuniti di lokaliti tersebut.– airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply